Thursday, 30 May 2013
Friday, 10 May 2013
PANTUN NASIHAT
Angin teluk menyisir pandai
Angin teluk menyisir pandai
Hanyut rumpai dibawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati.
Air melurut ketepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk.
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur sambil mandi
Walau pun banyak ilmu didada
Jangan pergi mandi dilombong
Tok Wan Mimi sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari Ulu
Sebarang kerja hendaklah difikir
Supaya tidak mendapat malu
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat si anak rusa
Bergotong-royong amalan baik
Elok diamalkan setiap masa
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Hendak belayar ke Teluk Betong
Mari mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Pergi berburu sampai sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Monday, 29 April 2013
SIMPULAN BAHASA
-ungkapan yang terdiri daripada dua ataupun tiga perkataaan dan
mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal
perkataan-perkataan itu.
a) Ala kadar
Maksudnya : seada-ada sahaja
Ayat : Walaupun majlis Hari Jadi Halimah disambut dengan ala
kadar,dia amat berterima kasih kepada keluarganya kerana
meraikan majlisnya itu.
b) Buah fikiran
Maksudnya : pendapat
Ayat : Penduduk Kampung Mak Chili mengadakan mesyuarat sebelum
mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk mendapatkan buah
fikiran menjalankan aktiviti-aktiviti pada hari tersebut
c) Besar hati
Maksudnya : sombong atau gembira
Ayat : Puan Salimah menyambut kedatangan kedua-dua orang tuanya
dengan besar hati.
d) Bangkai bernyawa
Maksudnya : orang yang tidak berguna
Ayat : Ah Chong kelihatan seperti bangkai bernyawa kerana menghisap
dadah.
e) Hati terbuka
Maksudnya : senang hati
Ayat : Salmi menerima keputusan peperiksaan UPSR dengan hati
terbuka kerana hasratnya untuk mencapai 5A sudah berhasil.
f) Kera sumbang
Maksudnya : orang yang tidak mencampuri orang lain
Ayat : Keluarga Pak Leman disisih masyarakat kampung kerana sikap
mereka yang kera sumbang.
g) Lupa diri
Maksud : tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat atau keadaan dirinya
yang sebelum itu lebih susah
Ayat : Walaupun kita berjawatan besar, kita tidak harus lupa diri.
h) Lupa daratan
Maksudnya : berkelakuan yang bukan-bukan
Ayat : Semenjak bekerja di kota, Raju sudah mula lupa daratan.
i) Menara gading
Maksudnya : kedudukan yang tinggi yang terpencil daripada orang ramai.
Ayat : Ayah berasa bangga kerana anaknya berjaya melanjutkan
pelajaran ke menara gading.
i) Sebatang kara
Maksudnya : seorang diri ( tidak ada saudara-mara )
Ayat : Aliyah hidup sebatang kara semenjak kematian ibu bapanya
pada tahun lepas.
j) Tenggelam punca
Maksudnya : menjadi bingung
Ayat : Puan Salbiah kelihatan tenggelam punca untuk menyara
keluarganya setelah kematian suaminya bulan lepas.
k) Tulang belakang
Maksudnya : kekuatan, yang membantu
Ayat : Sokongan moral rakyat Malaysia menjadi tulang belakang
kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.
PERUMPAMAAN
-perbandingan makna yang jelas kerana ia didahului oleh perkataan
bagai, bak, macam,seolah-olah, seperti dan umpama. Istilah Inggeris bagi
perumpamaan ialah simile.Perumpamaan menerangkan penilaian kita ke atas
sesuatu.Penilaian itu ialah emosi yang kuat.
a) Bagai kertas dengan dakwat
Maksud : tidak dapat dipisahkan, secocok, hubungan erat
Ayat : Persahabatan Saliya dan Aishah bagai kertas dengan dakwat kerana mereka
berkawan semenjak pra-sekolah lagi.
b) Bagaikan telur di hujung tanduk
Maksud : kedudukan tidak tetap atau terjamin
Ayat : Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan Syarikat Batik milik Sabri
bagaikan telur di hujung tanduk.
c) Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya
Maksud : seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya
Ayat : Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama seperti
ibunya,sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia
disenangi oleh rakan-rakan.
d) Seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
Maksud : hanya mementingkan diri sendiri.
Ayat : Anak-anak Pak Hussin seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing sanggup membiarkan ayahnya tinggal
bersendirian.
e) Seperti rumput di tepi jalan
Maksud : kehidupan melarat, orang yang tidak berguna kepada masyarakat
Ayat : Kehidupan penagih dadah itu seperti rumput di tepi jalan, tidak
dipedulikan oleh keluarga dan masyarakat.
f) Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud : orang yang memyembunyikan kehebatannya
Ayat : Zailani bersikap seperti harimau menyembunyikan
kukunya,walhal dia sangat hebat bermain bola sepak.
h) Seperti cincin dengan permata
Maksud : secocok, sama padan
Ayat : Suami isteri itu seperti cincin dengan permata sangat secocok.
.
h) Seperti rusa masuk kampung
Maksud: berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru
Ayat : Pada hari pertama persekolahan, Aiman belajar di Tahun Satu, dia seperti rusa masuk kampung.
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh Bilangan
|
Kegunaan
|
Contoh
|
angkatan
|
Digunakan untuk manusia atau benda
|
Kapal terbang, polis, askar,
|
Baris
|
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
|
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
|
Batang
|
Digunakan untuk benda yang panjang
|
Kayu, galah, sungai, lilin
|
Bentuk
|
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
|
Cincin, subang, mata kail, permata
|
Berkas
|
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
|
Kayu, papan, kunci
|
Bidang
|
Digunakan untuk benda yang luas
|
Tanah, kebun, lading
|
Biji
|
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
|
Batu, cawan, telur, guli, bola
|
Bilah
|
Digunakan untuk benda yang tajam
|
Pisau, sabit, gunting, kapak
|
Buah
|
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
|
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
|
Buku
|
Digunakan untuk benda yang berbongkah
|
Sabun, roti, benang
|
Butir
|
Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat
|
Peluru, mutiara, telur, beras
|
Carik/Cebis
|
Digunakan untuk benda yang dikoyakkan
|
Kain, kertas
|
Cekak
|
Digunakan untuk menghimpun benda
|
Benih padi, tangkai padi
|
Cubit
|
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
|
Garam, gula, tepung
|
Cucuk
|
Digunakan untuk benda yang dicucuk dengan lidi
|
Sate, bebola ikan, daging, buah-buahan
|
Das
|
Digunakan untuk bunyi tembakan
|
Pistol, senapang, merian
|
Deret
|
Digunakan untuk benda yang disusun
|
Rumah, kereta, bangunan
|
Ekor
|
Digunakan untuk binatang
|
Ikan, ayam, itik, ular
|
Gelung
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan bergulung
|
rotan, dawai, kawat, tali, wayar
|
Genggam
|
Digunakan untuk benda yang digenggam
|
Beras, padi, batu
|
Gugus
|
Digunakan untuk benda atau buah-buahan yang berkelompok
|
Kelapa sawit, anggur, langsat, kunci
|
Gerombolan
|
Digunakan untuk orang
|
Samseng, penjahat
|
Gulung
|
Digunakan untuk benda yang bergulung
|
Filem, kertas, dawai, kunci
|
Gumpal
|
Digunakan untuk gumpalan
|
tanah, tembakau, kapas, kekabu, asap, awan
|
Helai
|
Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar
|
Baju, seluar, kertas, sampul surat, selimut
|
Hidang
|
Digunakan untuk menjamu sesuatu
|
Lauk, kuih, air
|
Ikat
|
Digunakan untuk benda yang diikat
|
Papan, kayu, sayur, tebu
|
Hiris/Iris
|
Digunakan untuk benda yang dipotang nipis-nipis
|
Bawang, halia, tomato, timun, daging
|
Jambangan
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
bunga
|
Jambak
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
Bunga, kunci
|
Jemput
|
Digunakan untuk sebungkus barang
|
nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering
|
Kajang
|
Digunakan untuk bahagian atas rumah
|
Atap, bumbung
|
Kaki
|
Digunakan untuk benda yang bertangkai
|
Paying, cendawan
|
Kandang
|
Digunakan untuk tempat menginap binatang
|
Kambing, lembu, kerbau
|
Kawan
|
Digunakan untuk kumpulan binatang
|
Gajah, lembu, kambing, lebah
|
Kelompok
|
Digunakan untuk sekumpulan benda,manusia, binatang dan pulau yang berkelompok
|
Awam, kuda, pulau, bintang, burung
|
Kepal
|
Digunakan untuk benda yang dikepal dengan tangan
|
Nasi, pulut , tanah
|
Keping
|
Digunakan untuk benda yang tipis atau pipih
|
Biskut, roti, syiling, kad, gambar
|
Kepul
|
Digunakan untuk benda yang berkepul-kepul
|
asap, awan
|
Kerat
|
Digunakan untuk benda yang dipotong bahagian
|
Roti, papan
|
Ketul
|
Digunakan untuk benda yang berketul atau padu
|
Ais, daging, tulang, sabun
|
Kotak
|
Digunakan untuk benda yang diisi dalam kotak
|
Ubat, mancis, pensel, pen
|
Kumtum
|
Digunakan untuk [e;bagai jenis bunga-bungaan
|
Melur, mawar, teratai, anggerik
|
Lapis
|
Digunakan untuk benda yang berlapis
|
Selapis kiuj, tujuh lapis langit
|
Laras
|
Digunakan untuk senjat api
|
Pistol, senapang, merian
|
Lembar
|
Digunakan untuk benda yang lurus dan panjang
|
Kertas, benang, tali
|
Lingkar
|
Digunakan untuk benda yang bergulung-gulung
|
ubat nyamuk, tali, dawai, rotan
|
Longgok
|
Digunakan untuk benda yang berlonggok-longgok
|
Baju, durian, rambutan, betik, cili
|
Naskhah
|
Digunakan untuk bahan bacaan berjilid
|
Surat khabar, majalah, buku, risalah
|
Orang
|
Digunakan untuk manusia
|
Doctor, peguam, guru, murid
|
Papan
|
Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan
|
Mercun, coklat
|
Pasang
|
Digunakan untuk manusia atau benda yang berpasangan
|
Kasut, anting-anting, anak, stoking
|
Pangsa
|
Digunakan untuk bahagian dalam buah
|
Durian, cempedak
|
Pasukan
|
Digunakan untuk orang yang berpakaian seragam
|
Plolis, tentera, askar, kadet, pandu puteri
|
Pintu
|
Digunakan untuk bangunan yang berderet
|
Sepintu rumah, dua pintu kedai
|
Patah
|
Digunakan untuk kata
|
Perkataan, kata-kata
|
Pohon
|
Digunakan untuk pokok
|
Sepohon orkid
|
Potong
|
Digunakan untuk benda yang sudah dipotong
|
Daging, kek, kuih, roti
|
Pucuk
|
Digunakan untuk senjata api dan benda yang tipis serta halus
|
Sampul surat, pistol, senapang
|
Puntung
|
Digunakan untuk bahagian yang masih menyala
|
Rokok, kayu api
|
Persalinan
|
Digunakan untuk pakaian yang lengkap
|
Sepersalinan pakaian
|
Rangkap
|
Untuk puisi
|
Syair, pantun, sajak
|
Rawan
|
Digunakan untuk benda yang labuh dan bersirat
|
Jala, jaring, pukat
|
Relung
|
Digunakan untuk pembahagian kawasan
|
Serelung sawah, dua relung kebun
|
Ruas
|
Digunakan untuk benda yang beruas-ruas
|
Tebu, buluh
|
Rumpun
|
Digunakan untuk tumbuhan yang rapat-rapat
|
Rumput, padi, pandan, buluh
|
sikat/sisir
|
Digunakan untuk buah pisang
|
Pisang
|
Suap
|
Digunakan untuk makanan yang disuap
|
Sesuap nasi
|
Tandan
|
Digunakan untuk buah yang bertandan
|
Pisang, kelapa, kelapa sawit
|
Tangkai
|
Digunakan untuk buah-buahan, bungaan dan daun yang bertankai
|
Daun, langsat, kekwa, ros, padi
|
Teguk
|
Digunakan untuk air
|
air
|
Timbun
|
Digunakan untuk benda yang bertimbun
|
Setimbun pasir, dua timbun batu
|
Tingkat
|
Digunakan untuk benda yang bertingkat-tingkat
|
kedai, bangunan, rumah
|
Titik
|
Digunakan untuk cecair yang menitis
|
Air, darah, dakwat
|
Titis
|
Digunakan untuk benda yang menitis
|
Setitis embun, dua titis air mata,
|
Tompok
|
Digunakan untuk benda yang bertompok
|
Setompok anjong, tigan tompok kucing
|
Tongkol
|
Digunakan untuk buah yang bertongkol
|
Jagung
|
Ulas
|
Digunakan untuk buah-buahan yang berpangsa
|
Durian, cempedak, nangka
|
Untai
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan berbentuk
|
Rantai manik, kalung mutiara, pantun
|
Urat
|
Digunakan untuk benda yang halus dan panjang
|
Benang, dawai, rambut, rotan
|
Utas
|
Digunakan untuk benda yang panjang dan dapat digulung
|
Rantai, tali, paip, dawai
|
Subscribe to:
Posts (Atom)