Powered by Blogger.

Monday, 15 April 2013

PENGAJARAN KONSTRUKTIVSME DAN OBJEKTIVISME


Pengajaran Konstruktivisme dan Objektivisme

Pengertian Konstruktivisme

                 Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori konstruktivisme dan objektivisme.
Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut.

Pengertian Objektivisme
           Pengajaran objektivisme pula memerlukan guru memainkan peranan yang penting dengan mengawal keseluruhan kelas. Ia membuatkan para pelajar perlu mengikuti pembelajaran secara mendatar dimana ia berpandukan pembelajaran yang tersedia ada, dengan segalanya diatur mengikut dari pandangan pakar yang membuat sukatan pelajaran, terjadinya satu batasan untuk guru memainkan peranan serta pengalaman mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Didalam pendekatan objetivisme peranan guru adalah terbatas ini disebabkan oleh penyekatan kreativiti atau pengolahan sesuatu subjek didalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan mudah ini disebabkan kerana ia telah ditetapkan dan pengajaran dan pembelajaran perlulah melalui landasan yang betul yang telah digariskan dalam sukatan pelajaran. Oleh yang demikian pelajar akan menerima secara terus dan minda pelajar tidak dapat diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam keadaan yang berbeza.


Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan


Objektivisme
Konstruktivisme
Tanggapan Utama
Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar
Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
Kesan
Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid
Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru
"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"
"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"





Rancangan Pengajaran Harian Objektivisme

Tarikh/ Hari:    5.11.2012/ Isnin                        Masa  :    7.40-8.40pagi                                              Kelas      :  4 Gemilang                              Bil. Pelajar :     30 orang                                                              M/ Pel     :   Bahasa Melayu                                                                             
Tajuk       :  Hari Kantin                                        

Objektif :  Pada akhir pelajaran murid boleh menggunakan penjodoh bilangan yang betul
Pengetahuan Sedia Ada : Murid berpengalaman tentang penjodoh bilangan
Bahan : Lembaran Kerja
Nilai :   Kerjasama,berani,berjimat cermat dan bersyukur
Kemahiran : Membaca dan menulis


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi








Memperkenalkan tajuk
(menyusun huruf-huruf menjadi tajuk)





Guru memberikan setiap kumpulan satu set huruf
Murid menyusun menjadi perkataan
bermakna


Jawapan
K A N T I N
Perkembangan
Langkah 1
Perkembangan tajuk






Langkah 2
Aktiviti Kumpulan







Langkah 3
Kerja bertulis
Guru memberikan setiap kumpulan satu gambar tunggal tentang hari Kantin




Guru meminta setiap kumpulan diminta mencari
Penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan



Guru meminta murid membina
ayat menggunakan penjodoh bilangan berdsarkan aktiviti dalam gambar.






Murid dalam kumpulan
Melihat gambar dan mencari penjodoh bilangan

                 

Setiap kumpulan memberikan contoh penjodoh bilangan yang didapati dalam petikan




Murid membina ayat berpandukan
gambar dan penjodoh bilangan yang didapati
Penjodoh bilangan
1.buah
2.bungkus
3.ikat
4.potong
5.ketul


Murid mendapatkan jawapan dengan hasil usaha sendiri menepati kontruktivisme




Murid membina ayat dengan kreativiti sendiri
Menepati kontruktivisme
Penutup
Rumusan
Guru meminta wakil setiap kumpulan murid membaca ayat-ayat yang ditulis
Murid membuat persembahan di hadapan kelas

Refleksi :
Murid boleh membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang didapati dalam petikan



Rancangan Pengajaran Harian Kontruktivisme

Tarikh/ Hari:    5.11.2012/ Isnin                             Masa  :    7.40-8.40pagi                                              Kelas       :  4 Gemilang                                  Bil. Pelajar :     30 orang                                                          M/ Pel     :   Bahasa Melayu                                                                             
Tajuk       :  Hari Kantin         

Objektif :  Pada akhir pelajaran murid boleh menggunakan penjodoh bilangan yang betul
Pengetahuan Sedia Ada : Murid berpengalaman tentang penjodoh bilangan
Konsep :
Bahan : Lembaran Kerja
Nilai :   Kerjasama,berani dan bersyukur
Kemahiran : Membaca dan menulis


Fasa pengajaran
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan

Set Induksi









Keracunan makanan

Memperkenalkan tajuk
(menyusun huruf-huruf menjadi tajuk)





1. Guru memberikan setiap
    kumpulan satu set huruf
2.Murid menyusun huruf menjadi 
   perkataan bermakna.
3.Guru mengemukakan soalan
    secara lisan.
    a.sebutkan perkataan yang telah
       disusun.
    b.apakah yang kamu tahu
       mengenai kantin.


Jawapan yang diperolehi
K A N T I N

Nilai murni: sifat ingin tahu
Perkembangan








1.Mengenali
   fungsi kantin
2. Mengenal
    penjodoh
    bilangan




1. Guru memberikan setiap  
    kumpulan satu gambar tunggal
    tentang hari Kantin
2. Murid menyatakan maklumat
     tentang kantin.
3.Murid dalam setiap kumpulan
    diminta mencari
   penjodoh bilangan yang terdapat
   dalam gambar.
Penjodoh bilangan
1.buah
2.bungkus
3.ikat
4.potong
5.ketul
Nilai murni: kerjasama

Pencetusan idea






Aktiviti Kumpulan






1. Murid menyebut penjodoh
    bilangan yang terdapat dalam
    gambar.
2. Murid membina ayat
    menggunakan penjodoh bilangan
    berdasarkan aktiviti dalam
    gambar.  




Nilai murni
berani

Kemahiran berfikir
Menjana idea
Penstrukturan semula idea
Laporan dapatan daripada murid
Jenis aktiviti : pembentangan
1.Wakil kumpulan membaca ayat yang dibina.
2.Setiap kumpulan mendengar  jawapan yang diberi.
3. Guru mengulas jawapan yang dari murid.

K.P.S
Komunikasi

Nilai murni
berani
berdikari
Aplikasi idea
Lembaran kerja
1.Guru mengedarkan lembaran
    kerja kepada setiap murid.
2.Murid membina dan menulis ayat dalam lembaran kerja.
3.Guru dan murid berbincang
     jawapan yang tepat.
  
K.P.S
komunikasi

Nilai murni
Berani mencuba
Refleksi
Menyatakan penjodoh bilangan dan penggunaanya
1.Guru meminta wakil setiap kumpulan  membaca jawapan yang ditulis.
2.Murid boleh membina ayat menggunakan penjodoh bilangan.
Kemahiran berfikir
menjana idea


0 ulasan:

Post a Comment

 

Total Pageviews