Kaedah Asas Mengajar Bacaan
Pada amnya
ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca:
· Pendekatan
membina
· Pendekatan
cerakinan
Pendekatan Membina
Cara ini
ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain
perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar.
Misalnya dalam mmengajarkan ayat; “Nina ada baju merah’.
- Perkenalkan
huruf
: a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
- Perkenalkan
suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da
- Perkenalkan
perkataan : baju, Nina, ada, merah
- Perkenalkan
rangkai kata : baju merah, Nina ada
- Perkenalakn
ayat
: Nina ada baju merah.
Pada
keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku
kata.
Pendekatan
Cerakinan
Cara ini
ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara sintesis.
Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain
mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘Nina ada baju baru’.
- Perkenalakn
ayat
: Nina ada baju merah.
- Perkenalkan
rangkai kata : baju merah, Nina ada
- Perkenalkan
perkataan : baju, Nina, ada, merah
- Perkenalkan
suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a
- Perkenalkan
huruf
: a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
Pada
keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata,
kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
Pendidik
dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat
bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan
memuaskan. Maka dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang
dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara
elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.
Pendekatan
Elektik
· Cara
elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada
dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan
cara cerakinan
· Cara
membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata
· Cara
cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah
ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.
Cara
Mengajar
Tujuannya
ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek, mengenal
huruf, suku kata dan memahami isinya.
Bentuk
huruf: Jangan
diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar dari
segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a –
ayam
p – payung
i - ikan
Bentuk
bahasa:
- Suku kata
diajar menerusi perkataan. Misalnya;
ba – bakul, bawang, barang
- Menggunakan
warna; a (merah), i (hijau), u (biru), e (kuning), dan o (coklat).
- Menggunakan
gambar.
Alat
mengajar: kad
imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan
sebagainya bolehlah digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga
dapat dilihat oleh semua murid.
0 ulasan:
Post a Comment