Pengajaran
yang berkesan di dalam bilik darjah boleh meningkatkan tahap prestasi
pelajar kepada yang lebih baik bagi setiap mata pelajaran yang diambil
di sekolah. Hal ini disebabkan apabila pelajar itu tertarik dengan cara
pengajaran oleh guru tersebut maka prestasi pelajar itu akan meningkat
dan seterusnya akan mudah difahami oleh pelajar. Sesi pembelajaran yang
berteraskan sistem pembelajaran didalam kelas sahaja tidak mampu untuk
meningkatkan prestasi pelajar tetapi penambahan sistem pembelajaran
melalui aktiviti kokurikulum mampu meransang minat pelajar dalam
aktiviti atau bidang yang pelajar itu minati.Contohnya seperti permainan
catur yang mampu membina minda pelajar untuk lebih kreatif dan berdaya
saing dalam pembelajaran. Oleh itu pemikiran yang kreatif ini hendaklah
dijana oleh guru dalam apa jua aspek dan cara mengikut sukatan dan
huraian yang telah dibekalkan pada setiap guru.
Antara
factor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan adalah guru
bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Alat-alat ini
mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak mudah
bosan. Alat bantu mengajar ini memberikan pelajar mudah mengingat
sesuatu subjek yang dipelajari dan mudah untuk difahami. ABM yang biasa
digunakan didalam sesebuah sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar,
VCD dan sebagainya. Alatan seperti ini kebanyakan telah disediakan oleh
pihak sekolah untuk memudahkan guru-guru j-QAF mengajar.
Kemahiran
menyoal adalah kemahiran yang penting dalam aktiviti pengajaran dimana
ia adalah antara factor terbesar yang mampu membina semangat untuk
belajar. Pembentukan soalan yang diberikan oleh guru hendaklah tepat,
jelas dan ringkas. Guru pula hendaklah melayan jawapan dengan memberikan
pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan
salah maka guru hendaklah baiki jawapan murid. Begitu juga dengan
kemahiran menerang dan kemahiran-kemahiran lain yang mesti dikuasai oleh
guru bagi menarik perhatian murid
Selain
itu sudut membaca yang ada didalam kelas memberikan peningkatan minat
membaca terhadap pelajar. Ruang membaca yang mempunyai buku-buku cerita
akan menanamkan minat membaca dikalangan pelajar samada dirumah mahupun
disekolah. Di sekolah ruang membaca pelajar dapat diisi terutama ketika
guru tiada didalam kelas atau semasa rehat. Beberapa program juga turut
dijalankan dikebanyakan sekolah seperti program mari membaca dimana
murid dikehendaki membaca buku dan direkodkan oleh guru. Pelajar yang
mempunyai bilangan buku yang paling banyak dibaca akan diberikan
ganjaran oleh pihak sekolah.
Kebersihan
kelas juga menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan. Bilik darjah
yang bersih memberikan inspirasi kepada murid semasa belajar. Di sini
guru memainkan peranan dalam memberikan dorongan kepada murid untuk
bersama-sama menceriakan bilik darjah masing-masing. Tahap keceriaan
dalam sesebuah bilik darjah akan menjadi lebih menarik apabila
diwujudkan satu sudut ‘Mari Membaca’ dimana sudut ini diletakkan
beberapa buah buku cerita, artikal dan akhbar bagi merangsang murid
didalam kelas untuk membaca dan seterusnya menanamkan minat membaca
dikalangan pelajar.
Selain
itu, budaya memperkayakan bahasa di sekolah juga merupakan penyumbang
besar kepada pengajaran berkesan. Budaya yang digarapkan di sekolah
seperti mengadakan minggu bahasa melayu akan memantapkan lagi bahasa
dikalangan pelajar. Begitu juga dengan minggu bahasa Inggeris dan minggu
bahasa arab. Dengan adanya program minggu bahasa yang dijalankn
disekolah maka ia akan memudahkan pelaksanaan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti
pelajaran juga memainkan peranan. Pelajaran yang diselangi dengan
aktiviti hiburan akan lebih menarik minat pelajar untuk belajar dalam
sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelajar tidak akan merasa bosan
dengan pengajaran yang sedang berlangsung. Aktiviti yang berasaskan
hiburan sesuai dijalankan untuk pelajar ditahap 1. Ia berlainan dengan
alat bantu mengajar yang lebih diberi fokus dengan mengajar menggunakan
bahan yang disediakan oleh guru tersebut. Tetapi aktiviti hiburan yang
menceriakan dan menguji minda ini adalah seperti menyanyi, berlakon dan
sebagainya.
Selain itu, pihak guru atau sekolah boleh mewujudkan medan info di sekeliling perkarangan
sekolah bagi menggalakkan setiap pelajar untuk membaca info-info
berkenaan dengan pelajaran. Ia juga sebagai alat rujukan dan tambahan
maklumat untuk pelajar secara umumnya disekolah. Pelajar dapat melihat
dan menjadikan papan maklumat yang mengandungi informasi sebagai alat
rujukan pada masa lapang. Contohnya pihak sekolah melukis mural di
dinding-dinding bangunan sekolah dengan mural yang berkaitan bercirikan
mata pelajaran bahasa Melayu seperti pepatah melayu, pantun, dan
sebagainya.
Selain
itu aktiviti luar adalah amat digalakkan. Aktiviti luar yang menarik
mampu menjadi nilai tambah pada murid untuk belajar dengan lebih tekun.
Contonya aktiviti lawatan ke Zoo dan guru mengadakan sedikit
pembelajaran selama lima ke sepuluh minit sebagai maklumat tambahan
kepada pelajar. Aktiviti praktikal seperti ini mampu menguatkan ingatan
pelajar dalam pembelajaran. Misalnya melawat ke kandang harimau. Guru
memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang harimau dan dalam masa yang
sama guru membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Begitu
juga peranan ibu bapa dalam menyumbang pengajaran berkesan pada
murid-murid. Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pelajaran
anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa memberikan respon yang baik ketika
ditanya anak-anak mereka. Contoh yang dapat dilihat disini adalah
seperti apabila guru memberikan tugasan kepada murid-murid maka mereka
hendaklah menyempurnakan tugasan itu. Ibu bapa pula hendaklah memastikan
tugasan yang disediakan guru kepada anak mereka siap. Disamping itu
mereka boleh memberi respon yang membina untuk membantu tugasan
anak-anak mereka sekiranya mereka tidak memahami kehendak soalan.
Penggunaan
teknologi maklumat juga adalah factor yang mana mampu menyumbang kepada
pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk
belajar.Pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat juga adalah
seperti internet. Tetapi pihak ibu bapa dan keluarga hendaklah
memastikan anak-anak mereka melayari internet dengan betul kerana
kebanyakan anak-anak apabila mereka tidak dipantau ketika menggunakan
internet mereka mudah mengakses laman-laman web porno, dan laman-laman
web yang melalaikan pelajar itu sendiri.
Jadual
belajar yang berkesan yang dibekalkan guru juga adalah penting untuk
mendorong murid belajar dengan baik. Apa yang penting jadual tersebut
mempunyai ruang untuk pelajar istirehat dan bukan dibekalkan dengan
jadual belajar yang berterusan. Jadual belajar yang berterusan
menyebabkan pelajar akan mula rasa hilang minat untuk belajar.
Aktiviti
kokurikulum membantu pelajar untuk aktif dalam badan beruniform dan
persatuan serta kelab. Bukan itu sahaja malahan mereka juga akan aktif
dalam bersukan. Sekolah boleh menghantar murid yang mempunyai bakat yang
tinggi dalam mana-mana bidang untuk ke peringkat sekolah dan ke
peringkat seterusnya. Melalui aktiviti seumpama ini minda pelajar akan
cergas dan aktif dalam menerima pembelajaran harian
Faktor-faktor
yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah banyak yang
mana ia mampu mendorong murid untuk belajar dengan baik dan cemerlang.
Faktor dan peranan daripada guru dan ibu bapa adalah antara yang
terpenting yang mana ia mampu menyumbang seseorang murid itu untuk
belajar dengan lebih baik. Selain itu, factor-faktor lain seperti alat
bantu mengajar, mengadakan aktiviti tambahan dan sebagainya juga boleh
menyumbang kepada dorongan pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Oleh
itu, sekiranya factor-faktor ini di titik beratkan oleh setiap guru
mahupun mereka yang berkenaan maka prestasi murid akan bertambah
cemerlang dan sekolah akan terbilang
0 ulasan:
Post a Comment